14 February 2012

"Mintak Maaf Sebab Abang X Layan Korang"

"Mintak Maaf Sebab Abang X Layan Korang" bukan abg sengaja qiela . Haha !! But i busy .. And about the time square tue .. Kitorg tak rancang pown ... Nanti next time kiter pegi ok ? Jgan lah merajuk syunk ? Ahaha!a! Tahun nie jgn ponteng sekolah ag au macam taun lpas. Tak elok.. Okey .. Campai sini coret coret mngarut . By - AimiYakiHikari on Twitter

07 January 2012

aku cinta kan kau !!

Episod Satu .. . . . “Mira, kau nak buat apa ni? Selongkar beg Apit ni?” “Shila, kau diam je kat situ, tengok kalau ada orang nak datang sini,” kata Mira yang sedang bermuka penuh dengan kenakalan. “Mira, Apit datang. Cepat-cepat…” Mira dengan kelam-kabut menutup kembali beg Apit setelah dia meletakkan sesuatu di dalamnya. Sebaik sahaja dia hendak keluar, Apit sudah berada di pintu kelasnya. Apit memandang Mira dengan jelingan yang tajam. Mira hanya tersengih-sengih. “Mira, kau buat apa dalam kelas aku hah?” “Aku….cuma…..nak….tengok-tengok kelas kau… Cantik… Siapa yang hias ni? Patutlah kelas kau selalu menang,” kata Mira, menipu. “Apit, kawan aku panggil tu, aku pergi dulu ye. Babai! Hati-hati dengan tikus,” kata Mira lagi. Dia terus keluar dengan senyuman gembiranya sehingga menampakkan giginya. “Apahal budak ni? Sawan ke?” kata Apit, sendiri. Dia keluar dari kelas dan menjerit, “Mira kena sawan anjing!” Apit ketawa nakal selepas berkata begitu. Mira menoleh dan memberikan terus senyumannya. “Pelik. Dia tak kesah langsung aku cakap macam tu. Budak ni apahal? Sakit ke?” Apit dengan perasaan bingung terus masuk kembali ke kelasnya dan duduk di tempat duduknya. “Apit, kau kata nak ambik enset kau. Punya lama aku tunggu kat bawah. Eh, Mira tu apahal? Senyum sorang-sorang,” kata Ekal yang merupakan kawan baik Apit yang kepenatan mencari Apit. “Oh, lupa. Sorry Ekal. Jap aku amek.” Sebaik sahaja Apit membuka begnya… “Argh!!! Kurang ajar. Rupanya ni kerja dia. Patutlah senyum-senyum. Ada akal kenakan aku rupanya. Ekal, kau tunggu sini jap.” Apit, keluar dari kelas dan terus berlari mencari Mira. Dia melihat dari tingkat atas ke bawah. Mira sedang memegang sebuah buku dan berdiri seperti menunggu seseorang. Dia masih tersenyum. Apit terus menjerit namanya dari tingkat atas dengan sekuat hati, “Mira!!!!!” Mira yang mendengar namanya disebut memandang ke arah Apit dan ketawa. Dia menjelirkan lidahnya ke Apit dan terus berlari. “Mira, jaga kau!” Apit menuruni tangga dan terus mengejar Mira. _____________________________________________________________ “Mana Mira ni? Ekal, kau ada nampak Mira tak?” kata Shila. “Mira? Tu kat bawah tu… Tengah main lari-lari dengan Apit.” “Laa… Kali ni apa pulak?” “Kau nak tahu? Mira masukkan sampah banyak-banyak kat dalam beg Apit. Mengamuk lah dia.” “Patutlah tadi dia suruh aku jaga pintu kelas kau. Rupanya, dia tengah buat projek. Mira… Mira… Kelakarlah aku tengok diorang ni. Lepas ni mesti Apit balas balik.” “Kau tahu, takpe. Macam budak-budak kan? Bila lah agaknya kita dapat tengok diorang berbaik.” “Eh, Ekal. Diorang sebenarnya suka sama suka kan? Aku boleh nampak dari lagak diorang. Masing-masing taknak mengaku.” “Aku perasanlah jugak. Bila aku tanya Apit, dia betul-betul bangkang dengan kenyataan aku tu. Betul-betul tak suka dia dengan Mira. Tapi, kacau jugak si Mira tu.” “Hihi… Mira pun sama.” EPISOD DUA... “Shila….” kata Mira sambil melemparkan senyuman mengada-ngadanya kepada Shila. “Kau kenapa Mira? Beberapa hari ni aku tengok kau asyik tersenyum je. Cite lah.” “Mestilah… Sebab aku dah berjaya kenakan Apit. Bengang betul dia semalam. Seronok dapat kenakan orang yang kenakan aku tu,” ketawa Mira apabila terkenangkan peristiwa itu. Shila terhenti membuat kerja sekolahnya. Dia memandang Mira dan menarik nafas panjang. Kemudian dihembuskan. “Mira, sejak bila kau dah jadi macam Apit ni? Dulu kau ni lemah lembut, baik… Tak pernah nakal-nakal macam ni lah.” Mira ketawa kecil. “Sejak dia kenakan aku. Aku takkan pernah lupa dia masa dia baling cacing tu dekat aku. Trauma tau tak aku masa tu.” “Kau ni… Macam budak-budak…” “Eh, kita masih budak-budak lagi tau. Umur pun baru 16 tahun.” “Eh, yang 16 tahun tu, aku. Kau belum cukup 16 tahun lagi, so still kanak-kanak. Jauh-jauh sana!” “Eleh. Tak lama lagi, okey? Minggu depan je. Tunggu jelah.” Inilah rutin Mira setiap kali ke sekolah. Belajarnya tidak, kenakan Apit saja. Apit pula seorang budak lelaki yang sama usia dengan Mira dan agak nakal orangnya. Kerjanya hanya ke sekolah dan bertemu dengan kawan-kawan. Suka melepak, tetapi dia bukan seperti kawan-kawannya yang lain. Walaupun dia nakal, tapi dia sangat menghargai kawan-kawannya dan dia tak pernah buat Mira marah walaupun banyak kali dia kenakan Mira. Mungkin, inilah daya tarikan Apit. Apit dan Ekal seperti biasa berkeliaran di luar kelasnya, mengusik budak-budak perempuan yang lalu lalang di kelasnya itu. Apit terpandang Mira yang sedang menuju ke arah kelasnya. Dia terus masuk ke dalam kelas. Mira tersedar akan kelakuan Apit yang aneh itu, “Apahal si Apit ni? Takut ke nampak aku? Mesti dia takut aku kenakan dia lagi. Dah seriklah tu…” kata Mira, sendiri sambil tersengih-sengih. Mira pun meneruskan perjalanannya untuk turun ke tingkat bawah dengan melalui koridor kelas Apit. “Mira…” kata Apit. Langkah Mira terhenti. Matanya mencari Apit. Tiba-tiba, Apit muncul di belakangnya dan membaling tepung ke arahnya. Habis sebungkus dia lemparkan ke Mira. Mira mencebikkan mulut dan tidak bergerak. Terukir bengang diwajahnya yang sudah terkena tepung itu. “Selamat hari jadi, Mira… Itu hadiah untuk kau!” “Apit!!! Siap kau!” kata Mira lalu terus berlari mendapatkan Apit. Apit yang sangat nakal berlari sambil ketawakan keadaan Mira yang serba putih dengan tepung. Sekali lagi mereka berkejar-kejaran. Tiba-tiba datang Cikgu Razil memegang senjatanya sedang menaiki tangga. Betul-betul di hadapan mereka. Mira dan Apit sama-sama terdiam. Mereka memandang sesama sendiri. “Amira… Hazfiq…” kata Cikgu Razil. Dia menyambung lagi, “Awak berdua tengah buat apa?” “Sa…saya…. Mira…tengah…” kata Apit, gagap. Mira memandang Apit. Dia segera memotong percakapan Apit yang serba gagap untuk melindungi sahabatnya itu. “Cikgu! Apalah cikgu ni. Kenapa tanya Apit? Tanyalah saya. Tapi, kalau Cikgu tak tanya pun Cikgu dah boleh tahu kan?” kata Mira, selamba. Cikgu Razil memandang sinis kepada Mira. Mira menyambung lagi, “ Tadi ada budak PPKI tu, dia pegang tepung, then dia lari-lari dan akhirnya, nilah jadi. Camtulah ceritanya.” Mira mendepakan tangan sebagai isyarat bahawa bajunya telah terkena tepung. Dia memberikan senyuman yang penuh kejujuran kepada Cikgu Razil. Sekali lagi, Cikgu Razil memandang sinis kepada Mira. Mungkin di hatinya tidak tahu mahu percaya atau tidak dengan kata-kata Mira. Begitu juga dengan Apit yang tercengang dengan pembohongan aku. Cikgu Razil hanya menggeleng-gelengkan kepala dan terus berlalu dari situ. Selepas cikgu itu tidak kelihatan di mata mereka, Mira ketawa sekuat hati. “Mira, kenapa kau gelak?” kata Apit yang tertanya-tanya dan hairan dengan sikap Mira. “Muka kau tu…” Mira menghentikan kata-katanya dan kembali ketawa. “Muka aku? Kenapa dengan muka aku???” kata Apit, gelabah. Sememangnya dia seorang yang sangat mementingkan penampilan luarannya. “Muka kau tu…. Kelakarlah! Kau takut dengan Cikgu Razil? Ni peluang baik nak kenakan kau ni!” sakat Mira dan kemudian menyambung ketawanya lagi. “Kurang ajar kau, Mira. Kau gelakkan aku rupanya. Kau ingat aku akan berbaik dengan kau lepas kau tolong aku tadi? Takkanlah wei! Aku takkan tunduk dengan kau. Ingat tu!” kata Apit, control perasaannya. “Siapa kata nak berbaik? Aku tak ingin pun lah. Tak terdetik dalam hati nak berbaik dengan orang yang takut Cikgu Razil tu. Babai,” kata Mira, tak ambil hati dengan kata-kata Apit. Mira pun berjalan pergi. Beberapa langkah lepas itu, Mira berhenti, “Oh ya Apit. Thanks buat aku ketawa hari ni. Aku ingat tak ada orang ingat hari jadi aku. Rupanya kau orang pertama,” kata Mira dengan memberikan senyuman kepada Apit. Dia pun berlalu dari situ. “Dia ni sihat ke tak? Aku kenakan dia sikit pun dia tak marah. Lagi ketawa adalah,” kata Apit, kehairanan. “ Sejak aku kenal kau, Mira, sampai sekarang, kau tak pernah marah apa yang aku buat kat kau. Bilalah aku boleh buat kau marah Mira ni…” ________________________________________________________________________ EPISOD TIGA.... Di dalam kelas, Apit mundar-mandir. Sikapnya yang nakal sudah tidak kelihatan waktu itu. Nampaknya, ada yang mengganggu fikirannya. Ekal yang terlihat keganjilan dalam diri Apit waktu itu, cuba mengusik. “Apit…” kata Ekal. Apit pun memandang Ekal. Dia berkata lagi, “Dah tiga hari Mira tak datang sekolah, kau dah tak tentu arah nampaknya, Pit? Rindu ke?” Apit bermuka terkejut. “Aku rindu Mira? Sorrylah, takde masa. Dia tak ada, aku lagi gembira tahu tak?” kata Apit, cover. “Eleh, Pit. Ingat aku tak kenal kau. Susah sangat ke kau nak cakap perasaan sebenar kau kat Mira? Cuma cakap ‘aku suka kau’, tiga perkataan je. Come on lah Apit. Terus terang je dengan dia,” kata Ekal. Walaupun Apit menafikannya, Ekal tetap tahu apa yang berada di dalam hati kawannya itu. “Aku suka Mira? Tak mungkinlah.” “Kata orang cinta tapi dibilang benci. Itulah kau.” Apit memandang Ekal. Dia terdiam. Diam seperti berfikir sesuatu. Entah apa yang difikirkannya. Esoknya, Mira datang ke sekolah. Tapi, keadaannya tak seperti biasa. Kaki kanannya bersimen dan dia memakai tongkat menuju ke kelas. Ekal membantu Mira berjalan. Apit yang terlihat keadaan Mira terus bergegas kepadanya dengan kelam-kabut. “Mira, kau kenapa? Accident? Macam mana boleh jadi camni? Teruknya. Dengan lori ke? Mira…” kata Apit. Mukanya kelihatan sangat cemas. “Apit, aku accident sikit jelah ni. Terlanggar pokok hari tu. Nasib baik aku tak ada apa-apa. Cuma kaki kanan tu yang patah sikit. Kau tak payah risau ye. Aku okey,” kata Mira, dengan lembut. “Bila kau accident ni?” “Birthday aku. Balik sekolah tu, aku tumpang Zilla tapi jadi macam ni pulak.” “Habis, Zilla pun kena ke?” “Zilla? Tak. Dia okey je. Cuma luka-luka kecil je.” “Oh. Lain kali kalau tak ada transport cakap dengan aku. Biar aku yang hantar kau balik!" kata Apit dengan nada yang agak tinggi. "Sikit jelah ni. Janganlah marah. Sorry," kata Mira. "Hmm...Tak apalah. Meh sini aku tolong kau. Ekal, tepi sikit.” “Terima kasih,” ucap Mira sambil melemparkan senyuman bahagianya kepada Apit. Ekal memandang saja gelagat Apit. “Suka tapi tak mengaku. Apalah Apit ni, nampak sangat kau suka Mira,” kata Ekal, menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Apit. Beberapa minit kemudian, cikgu Add Math pun masuk ke kelas Apit. Cikgu itu pun mengira jumlah murid yang ada tetapi tidak cukup seorang. “Ni Apit mana? Dia tak datang ke?” kata cikgu itu. Apit sememangnya sangat terkenal dalam kalangan guru-gurunya kerana sikapnya yang suka mengusik dan kecoh. “Cikgu ni tahu-tahu je Apit tak ada dalam kelaskan?” kata Ekal. “Yalah. Selama ni Cikgu masuk kelas mesti nampak dia bertenggek kat meja cikgu and suara dialah yang paling kuat. Dari jauh pun cikgu boleh dengar. Ni tiba-tiba, cikgu masuk, kelas ni sunyi je. Betullah Apit tak ada ni.” “Cikgu, Apit dia tengah hantar awek dia ke kelasnya lah cikgu. Awek dia accident, Cikgu. Kejap lagi masuklah dia tu.” Selang beberapa minit, Apit pun dengan bermuka tidak bersalah terus masuk ke dalam kelas dengan senyuman, melihat cikgu dan menambah ukiran dibibirnya lalu memberi salam dan duduk di tempatnya. Cikgu hanya memandang saja tingkah lakunya. Beliau pun memulakan pengajarannya. __________________________________________________________________________________________________ EPISOD EMPAT “Seronok??” kata Ekal. “Seronok apa?” jawab Apit. “Ala, buat-buat lupa pulak. Pagi tadi lah.” “Pagi tadi? Aku buat apa?” “Hantar……. Mira.” “Mira? Eh, aku cuma hantar dia pergi kelas dia je, okey. Kau tengok ye, dia dengan kaki bersimen, mana boleh jalan sorang-sorang. Kesian aku tengok dia, jadi aku pun hantarkanlah. Lagipun……” Apit terhenti berbicara. “Lagipun….” kata Ekal, menanti sambungan cerita dari Apit. “Dia kan accident masa birthday dia. Kau tahu kanmasa itu aku baru je lepas kenakan dia. Apa yang jadi kat dia tu……..macam……..salah aku….” kata Apit lalu ditundukkan kepalanya sedikit dan memuncungkan bibirnya, masam. Tiba-tiba, terdengar suara Mira menyampuk perbualan mereka berdua, “Semua tu,, bukan salah kaulah. Aku yang cuai masa itu. Jangan salahkan diri kau sendiri,” kata Mira yang sedang berdiri di belakang Apit setelah mendengar kata-kata Apit tadi. Apit menoleh ke belakang. “Apit, aku ingat nak pergi tandaslah. Tak tahan ni. Aku pergi dulu ya!” kata Ekal, mencari alasan supaya Apit dan Mira bersendirian. Mira senyum kepada Apit dan berjalan ke hadapan untuk duduk di sebelahnya. “Aku ingat kau ikhlas nak tolong aku tadi. Rupanya, kau cuma baik dengan aku sebab kau rasa bersalah atas apa yang jadi kat aku. Apalah kau ni. Fikir panjang sangat. Cubalah fikir positif sikit.” “Mira…” kata Apit. Mira memandang Apit, “Apa?” “Maafkan aku ya? Aku tahu ini salah aku.” “Kan aku dah cakap, bukan salah kau. Aku dengan Zilla yang main langgar pokok tu. Sebab masa tu licin sangat.” “Licin sebab tepung yang aku baling tu kan?” “Taklah. Aku dah bersihkan dulu before aku balik sekolah lagi. Lagipun, hari tu….hari hujan….” kata Mira. “Dahlah. Jangan cakap pasal tu lagi. Bosan pulak dengar.” kata Mira lagi, senyum. “Kau kan Mira, Dari dulu aku kenal kau…sampai sekarang…aku tak pernah tengok kau marah. Lagi-lagi marah aku. Dalam hati kau memang tak ada sifat marah ye? Ada perasaan gembira je ye? Sebab tu kalau ada orang kenakan kau pun kau masih boleh ketawa, kan?” usik Apit. Mira hanya ketawa . “Yakah aku macam tu? Tak adalah. Aku pun manusia jugak. Mestilah ada sifat marah. Cuma aku tak marah sebab kau tak pernah buat aku marah. Sesiapa pun tak lagi.” “Kau ni peliklah,” kata Apit sambil menepuk dahi Mira dengan tangan kanannya. Mira hanya mengusap-usap dahinya kerana sakit ditepuk Apit sambil ketawa credit to cyra 5s 2012